gemuruh

Gemuruh

Bila bertalu rentak dikalbu
Hasrat yang tersirat semakin kuburu
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku bergandaGemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasaBila bertalu rentak dikalbu
Hasrat yang tersirat semakin kuburu
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
Segalanya pasti kan terbukti nanti

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
Menyerlah jauh dari yang biasa

semangat membara~~ dari puncak ingin ke angkasa ~~

Tirai berlabuh

Kem Lepasan SPM telah melabuhkan tirai.
terima kasih kepada semua yang menjayakan baik peserta, fasilitator mahupun urusetia.
jumpa di SALAM nanti!

pantun penutup kem lepasan spm 2011
~ PEMBINA bangi…

memetik bunga di laman sana,
harumnya semerbak mewangi alam,
sedetik dimata, selamanya di jiwa,
saat-saat bersama menjadi kenangan.

siulan merpati berlagu puisi,
menyapa telinga menghibur lara,
semoga nanti berjumpa lagi,
tidak di dunia, di syurga sana...

18 dis 2011
kem nur bukit unggul

barisan peserta lelaki bersama fasilitator

barisan peserta perempuan dan fasilitator

Aktiviti Menarik !!

    

Ceramah :

Slot 1 : Who Am I?

Slot 2 : Destinasi Di Tuju 

Slot 3 : Be Hero!

Games :

Peluru Ajaib 

Leadership 

Real Hero 

Aktiviti Lain:

1. Treasure Hunt 

2. Sukaneka

3.  Sedetik Di Mata, Selamanya di Jiwa 

JOM Ke Kem Lepasan SPM Bangi!

Banyak aktiviti menarik menanti anda!

Jaminan kami, anda pulang dengan pengalaman berharga !

   

This entry was posted on November 29, 2011. 2 Comments

Tentatif Program

 16 DISEMBER 2011, JUMAAT

06.00pm – 07.00pm Pendaftaran, pembahagian kumpulan & ice breaking
07.00pm – 08.30pm Khidmat diri, solat maghrib, tazkirah, makan malam & solat isyak
8.30pm –  9.00pm Perasmian: Pengerusi Kelab Remaja ISMA DHL
9.00pm – 10.30pm Slot 1 : Who Am I?
10.30pm – 11.00pm Minum malam
11.00pm Bacaan Surah Al-Mulk & Tidur
 17 DISEMBER 2011, SABTU
05.00am – 05.45am Qiam
05.47am – 06.45am Solat Subuh/Kuliyah Subuh
06.45am – 07.15am Riadah
07.15am –  08.30am Sarapan/Khidmat diri/Solat Sunat Dhuha
08.30am – 10.00am10.00am-10.30am Slot 2:Destinasi Dituju Mini Games: Peluru Ajaib
10.30am – 11.00am Minum pagi
11.00am  – 01.00pm Indoor & leadership games 
01.00pm – 02.00pm Makan /Solat Zohor
02.00pm – 04.00pm Treasure Hunt
04.00pm – 5.00pm Minum petang/Solat Asar
05.00pm – 06.00pm Sukaneka
06.00pm – 07.00pm Makan/Khidmat diri
07.00pm – 08.45pm Solat maghrib, tazkirah & solat isyak
08.30pm – 10.30pm “Sedetik Di Mata, Selamanya Di Jiwa”
10.30pm – 11.00pm Minum malam
11.00pm – 04.30pm Bacaan Surah Al-Mulk & Tidur

  18 DISEMBER 2011, AHAD

05.00am – 06.30am Qiam, solat subuh  & tazkirah
06.30am – 07.15am Khidmat diri
07.15am – 07.45am Sarapan
07.45am – 9.15am9.15am – 10.30am Slot 3: Be HeroMini Games : Real Hero
10.30am –  11.00am Minum pagi & khidmat diri
11.00am- 12.30am Majlis penutup oleh Ketua Cawangan Persatuan Belia Islam Nasional Cawangan Bangi
12.30pm – 1.00pm bersurai
This entry was posted on November 28, 2011. 2 Comments

Apakah nilai RM100?

Apa yang anda dapat dengan yuran RM100.00 di KLS Bangi 2011 nanti?

1. Tempat penginapan  yang kondusif di Kem Nur Bukit Unggul

2. Hidangan makan 6 kali sehari

3. T-shirt program untuk peserta lelaki dan Tote bag untuk peserta perempuan

4. Sijil penyertaan kepada semua peserta

5. Pelbagai aktiviti dan sesi yang menarik

  • Ceramah motivasi oleh penceramah berpengalaman
  • Perkongsian alam universiti bersama mahasiswa IPT
  • Team Building activities (indoor & outdoor)
  • Aktiviti fizikal (Berakit; Kembara Al-Quran)
  • Pengisian rohani seperti solat berjemaah, qiyamullail, mathurat, tazkirah

6. Rakan-rakan baru

7. Pengalaman dan ilmu yang berharga yang tidak mampu dinilai dengan harta benda

8. ‘Release tension’ selepas penat mengharungi SPM. Hooray school’s over!

Masih ragu-ragu?

Wahai orang yang beriman,bertaqwalah,dan lihatlah apa yang kamu sediakan untuk hari esok (masa depan)…” -alHasyr-

Jadi tunggu apa lagi?Daftarlah sekarang!